Assalamualaikum Dan Salam Muhibbah



Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Ceramah Baitulmal bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis di Masjid Al Ukhwah, Kampung Padang sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Kesidang...

Topik utama pastinya perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antaranya saham wakaf tunai dan fidyah puasa yang kini menjadi kesedaran utama masyarakat Islam di negeri Melaka...

Juga diberi pencerahan secara ringkas fungsi dan peranan MAIM dalam menjaga hal ehwal masyarakat Islam serta kebajikan asnaf di negeri ini...

Kepada masyarakat Islam semua yang memerlukan nasihat dan pandangan berkaitan hal ehwal wakaf boleh terus hubungi MAIM di talian 06-2837416 atau melalui media sosial kami...muka buku ada, Instagram ada tiktok pun ada...

RUKUN-RUKUN WAKAF

Terdapat empat rukun wakaf yang menjadi asas kepada perlaksanaan wakaf ini iaitu:

- Al-wakif iaitu pihak yang mewakafkan harta sama ada individu ataupun organisasi.

- Al-mauquf iaitu harta yang diwakafkan sama ada harta alih atau harta tidak alih.

- Al-mauquf ‘alaih iaitu pihak yang diwakafkan kepadanya harta atau pihak yang menerima manfaat wakaf tersebut.

- Sighah iaitu lafaz yang digunakan oleh pewakaf bagi mewakafkan harta tersebut.

"Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni"
"Membangun Ummah Madani"

#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#bijaklaksanahangtuah
#beranilaksanahangjebat
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat
#baitumaldiperkasaummahsejahtera

Disediakan oleh :

Erwin bin Abu Hasan
([email protected])
Ahmad Fadhli bin Jamaludin
([email protected])