Isteri Bukan Sempurna, Suami Juga Bukan Tanpa Dosa


Isteri Bukan Sempurna, Suami Juga Bukan Tanpa Dosa

ISTERI BUKAN SEMPURNA, SUAMI JUGA BUKAN TANPA DOSA

Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang mukmin lelaki membenci seorang mukmin perempuan (isterinya). Jika dia tidak menyukai satu perangainya, dia pasti menyukai perangainya yang lain. - Riwayat Muslim (1469).

Hadis ini mengajar para suami supaya tidak menilai isteri hanya berdasarkan kelemahan dan kekurangannya. Jika ada sikap isteri yang kurang disenangi, ingatlah juga segala kebaikan, pengorbanan dan kasih sayangnya. Begitu juga isteri, hendaklah saling memahami dan bersabar dalam rumah tangga.

Wahai para suami, bersabarlah dengan kerenah isteri. Tidak ada manusia yang sempurna, termasuk diri kita sendiri. Jika isteri sedang marah, jangan dibalas dengan kemarahan. Jika isteri melakukan kesilapan, tegurlah dengan kelembutan. Ingatlah, isteri bukan untuk dicari kesempurnaannya tetapi untuk dicintai, dibimbing dan dihargai kekurangannya. Jangan sampai kita terlalu mengingati kesalahan isteri sehingga terlupa segala pengorbanannya selama ini. Rumah tangga yang bahagia bukan kerana tiada perselisihan, tetapi kerana suami isteri saling memaafkan, memahami dan bersabar kerana Allah SWT. Wallahua’lam.

#ingatkanaku
#sebarkan