Jangan Dekati Zina – Jaga Maruah Dan Kesucian


Jangan Dekati Zina – Jaga Maruah Dan Kesucian

JANGAN DEKATI ZINA – JAGA MARUAH DAN KESUCIAN DIRI

Daripada 'Ubadah bin Samit, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Ikutilah semua ajaranku, ikutilah semua ajaranku. Sungguh, Allah SWT telah menetapkan hukuman bagi mereka (kaum wanita). Teruna yang berzina dengan dara hukumannya adalah rotan seratus kali dan diasingkan selama setahun, sedangkan lelaki dan wanita yang telah bernikah hukumannya adalah direjam." - Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Juz 3, No. Hadis 1690, 1412 H/1991 M: 1316.

Hadis ini menerangkan bahawa zina merupakan dosa besar yang sangat berat dalam Islam. Syariat menetapkan hukuman bagi perbuatan zina melalui pihak berkuasa yang sah bukan tindakan individu. Larangan “jangan menghampiri” menunjukkan bahawa Islam turut mengajar kita menjauhi perkara yang boleh membawa kepada zina seperti pergaulan tanpa batas, khalwat, pandangan yang haram dan hubungan yang melampaui batas.

Dosa yang besar sering bermula dengan langkah yang kecil. Jangan merasa diri terlalu kuat untuk diuji. Mohonlah kepada Allah SWT agar hati, mata dan langkah kita sentiasa dipelihara. Semoga Allah SWT menjaga maruah kita, pasangan kita dan anak-anak kita daripada fitnah zina serta mengurniakan hati yang sentiasa takut dan taat kepada-Nya. ???? Aamiin. Wallahua’lam.

#ingatkanaku
#sebarkan