Sombong Bukan Hanya Pada Pakaian Dan Harta


Sombong Bukan Hanya Pada Pakaian Dan Harta

SOMBONG BUKAN HANYA PADA PAKAIAN DAN HARTA

Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah sifat sombong.” Para sahabat bertanya tentang seseorang yang suka pakaiannya dan kasutnya cantik. Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah SWT itu indah dan menyukai keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.” — Riwayat Muslim

Ilmu adalah nikmat daripada Allah SWT. Tetapi di sebalik ilmu itu ada ujian. Ujian orang berilmu bukan hanya banyaknya ilmu tetapi bagaimana dia menggunakan ilmu tersebut. Jangan sampai kerana ilmu kita:
1️⃣Suka menunjuk bahawa kita lebih tahu
2️⃣Merasakan diri lebih alim
3️⃣Memandang rendah orang yang kurang ilmu “You are not my level”
4️⃣Susah menerima teguran
5️⃣Menganggap pendapat sendiri sentiasa benar.
6️⃣Adakalanya sehingga sanggup menghina disebabkan kita merasa kita lebih baik dari orang lain

Semakin tinggi ilmu, sepatutnya semakin rendah hati kerana orang yang benar-benar mengenal Allah SWT akan sedar iaitu apa yang aku tahu hanyalah sedikit, sedangkan ilmu Allah SWT tidak bertepi. Ilmu tanpa ikhlas boleh melahirkan riak. Ilmu tanpa tawaduk boleh melahirkan sombong. Ilmu tanpa akhlak boleh melukakan hati manusia. Semoga Allah SWT menjadikan ilmu yang kita pelajari sebagai cahaya yang menerangi diri dan orang lain bukan sebab untuk kita meninggi diri.

“???? Ya Allah, ajarkanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat, manfaatkanlah kami dengan ilmu yang Engkau ajarkan dan tambahkanlah ilmu kepada kami.” Wallahu’alam.

#ingatkanaku
#sebarkan