Alhamdulillah, Selesai Sudah Majlis Maulid Kampung Padang Berselawat


Alhamdulillah, Selesai Sudah Majlis Maulid Kampung Padang Berselawat

ALHAMDULILLAH, selesai sudah Majlis Maulid Kampung Padang Berselawat ????????✨

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, majlis telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan suasana yang meriah.

Majlis ini merupakan anjuran bersama Pihak Masjid Al-Ukhwah Kampung Padang, Melaka serta seluruh warga Kampung Padang dalam menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ﷺ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sumbangan serta hadir memeriahkan majlis.

Semoga segala amal, selawat, doa dan usaha yang dilakukan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

???????? Semoga ukhuwah terus terjalin, kampung terus diberkati dan kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Alhamdulillah, syukur dan terima kasih kepada semua. ❤️