Rezeki Sudah Dijamin Berbanding Solat (perlu Dijaga)
REZEKI SUDAH DIJAMIN BERBANDING SOLAT (PERLU DIJAGA)
Rasulullah ﷺ bersabda: “Seandainya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah SWT, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki. Ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang.” — Riwayat al-Tirmizi.
Hadis ini menunjukkan bahawa tawakal bukan bermaksud duduk tanpa usaha. Burung tetap keluar mencari rezeki tetapi hatinya bergantung kepada Allah SWT. Jangan sampai kita terlalu sibuk mencari rezeki yang Allah SWT jamin sehingga meninggalkan solat dan ibadah yang Allah SWT perintahkan. Kita bekerja kerana tanggungjawab. Kita berusaha kerana sunnatullah dan kita yakin Allah SWT yang memberi rezeki. Rezeki boleh datang daripada jalan yang tidak disangka-sangka tetapi solat tidak boleh ditangguhkan hanya kerana kesibukan mencari rezeki.
Allah SWT sudah menjamin rezekimu tapi ibadahmu tidak dijamin kecuali kamu sendiri yang MENJAGANYA. Jangan sampai sibuk kerja tapi lupa dan lewat melakukan solat. Rezeki bisa datang dari arah tak terduga. Tapi ibadahmu hanya kamu yang bisa menjaganya. Tetap kerja keras tapi jangan tinggalkan Allah SWT. Wallahua’lam.
#ingatkanaku
#sebarkan
