Penulisan Dan Kata-kata Kekadangan Membawa Pemahaman Yang Berbeza
PENULISAN DAN KATA-KATA KEKADANGAN MEMBAWA PEMAHAMAN YANG BERBEZA
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu perkataan yang dia tidak fikirkan akibatnya, lalu dia terjerumus ke dalam neraka lebih jauh daripada jarak antara timur dan barat.” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Hadis ini mengajar kita bahawa kata-kata mempunyai akibat yang besar. Apa yang kita taip atau ucap mungkin dianggap kecil oleh kita tetapi boleh menjadi besar di sisi Allah SWT. Lebih-lebih lagi apabila kita sedang marah, kecewa atau tersinggung. Sebab itu Islam mengajar kita supaya berfikir sebelum bercakap dan sebelum menaip. Kadang-kadang tulisan nampak tegas kerana kita tidak dapat melihat wajah dan mendengar nada suara orang yang menulisnya. Begitu juga kata-kata yang diucapkan mungkin kedengaran kasar walaupun niat kita sebenarnya tidak begitu.
Sebelum kita menaip dan menghantar mesej. Jari kita mungkin hanya menekan satu butang tetapi kesannya boleh sampai ke hati seseorang. Oleh itu, marilah kita belajar untuk berkata dengan lembut, menulis dengan baik dan diam apabila tidak perlu berkata-kata. Rasulullah ﷺ bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Wallahua’lam.
#ingatkanaku
#sebarkan
