Hukum Wanita Mengiringi Jenazah


Hukum Wanita Mengiringi Jenazah

HUKUM WANITA MENGIRINGI JENAZAH

Daripada Ummu ‘Atiyyah: “Kami dilarang daripada mengikuti jenazah tetapi larangan itu tidak ditekankan ke atas kami.” - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Hadis ini menunjukkan bahawa wanita tidak digalakkan mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan. Menurut mazhab Syafi‘i dan jumhur ulama, hukumnya makruh tanzih iaitu perbuatan yang sebaiknya ditinggalkan tetapi bukan haram secara mutlak. Namun, jika dalam perjalanan tersebut berlaku perkara yang diharamkan syarak seperti membuka aurat, meratap dan meraung (niyahah), berhias atau memakai wangian yang menarik perhatian atau berlaku percampuran yang menimbulkan fitnah maka perkara tersebut menjadi haram.

Kematian adalah peringatan bahawa setiap manusia akan kembali kepada Allah SWT. Ketika mengurus jenazah, marilah kita menjaga adab, aurat dan batas syariat. Tujuan kita mengiringi jenazah bukan sekadar untuk bersama-sama tetapi untuk mengambil pengajaran tentang kematian dan mengingati akhirat.

#ingatkanaku
#sebarkan