Mencegah Dan Mengubah Kemungkaran
MENCEGAH DAN MENGUBAH KEMUNGKARAN
Hadis Rasulullah ﷺ: “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu maka dengan lisannya. Jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.” - Riwayat Muslim.
Hadis ini mengajar kita supaya tidak reda dengan kemaksiatan dan kemungkaran. Namun, usaha mencegahnya hendaklah dilakukan dengan hikmah, ilmu dan kemampuan, bukan dengan cara yang membawa mudarat atau fitnah.
1️⃣ Dengan tangan – bagi mereka yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab.
2️⃣ Dengan lisan – menasihati dengan kata-kata yang baik dan berhikmah.
3️⃣ Dengan hati – membenci kemungkaran dan tidak meredainya apabila tidak mampu mengubahnya.
Maksiat yang dibiarkan boleh mengeraskan hati. Jangan kita berkata, “Itu dosa dia bukan urusan aku.” Sebagai seorang Muslim, kita mempunyai tanggungjawab untuk saling mengingatkan. Namun, sebelum menegur orang lain, perbaikilah diri sendiri. Tegurlah dengan kasih sayang bukan penghinaan (dengan hikmah bukan kemarahan). Jangan sampai kita membenci pelaku maksiat sehingga lupa bahawa kita juga manusia yang banyak kelemahan. Bencilah maksiatnya tetapi doakan agar pelakunya mendapat hidayah. Wallahua’lam.
#ingatkanaku
#sebarkan
