Amalan Pertama Yang Akan Dihisab
AMALAN PERTAMA YANG AKAN DIHISAB
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya amalan yang pertama kali akan dihisab daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalnya. Jika solatnya rosak maka rosaklah seluruh amalnya. Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani.
Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya solat. Kita bukan sekadar perlu menunaikannya tetapi menjaga waktunya, rukun, kekhusyukan dan keikhlasan.
Jangan tunggu tua, sakit atau hampir mati untuk memperbaiki solat. Jaga solat hari ini kerana suatu hari nanti solat kita akan dihisab di hadapan Allah SWT. ???? Wahai Allah SWT, jadikan kami dan keluarga kami orang yang istiqamah mendirikan solat. Wallahua’lam.
Nota: Gambar ilustrasi sahaja
#ingatkanaku
#sebarkan
