Ketenangan Hati Dalam Solat


Ketenangan Hati Dalam Solat

KETENANGAN HATI DALAM SOLAT

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah ﷺ bersabda: “Dijadikan kesenanganku daripada dunia ada pada wanita dan minyak wangi dan dijadikan penyejuk hatiku ada dalam solat.” - Riwayat al-Nasa’i).

Hadis ini mengajar bahawa solat adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hati orang beriman. Walaupun manusia mencari keseronokan melalui harta, keluarga dan perkara duniawi, hati seorang mukmin akan benar-benar tenang apabila dekat dengan Allah SWT melalui solat. Solat bukan sekadar kewajipan tetapi tempat kita mengadu, memohon pertolongan dan menenangkan jiwa. Jangan hanya mencari ketenangan di dunia tetapi carilah ketenangan daripada Allah SWT.
1️⃣Apabila hati gelisah, banyakkan solat. 2️⃣Apabila masalah datang, dekatilah Allah SWT.
3️⃣Apabila dunia terasa berat, sujudlah lebih lama kerana hati yang dekat dengan Allah SWT akan mendapat ketenangan yang tidak mampu diberikan oleh dunia.

???? “Ya Allah, jadikanlah solat sebagai penyejuk hati kami, ketenangan jiwa kami dan jalan untuk kami semakin dekat kepada-Mu.” Wallahu’alam.

#ingatkanaku
#sebarkan