Dasyatnya Kedalaman Neraka
DASYATNYA KEDALAMAN NERAKA
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah ﷺ bersabda: “Ini adalah batu yang dilemparkan ke dalam neraka sejak 70 tahun yang lalu dan ia baru sampai ke dasarnya.” — Riwayat Muslim, no. 2844.
Hadis ini menggambarkan betapa dalam dan dahsyatnya neraka. Batu yang dilemparkan ke dalamnya mengambil masa 70 tahun untuk sampai ke dasar. Ini bukan sekadar untuk menakutkan kita tetapi sebagai peringatan supaya kita tidak memandang ringan dosa. Neraka adalah tempat azab yang sangat berat, sedangkan dunia ini hanyalah sementara.
Jangan kita terlalu sibuk mengejar dunia sehingga lupa kepada akhirat. Setiap hari kita semakin dekat dengan kematian.
1️⃣Tinggalkan dosa yang kita mampu tinggalkan.
2️⃣Segeralah bertaubat apabila melakukan kesalahan.
3️⃣Jaga solat dan amal soleh.
4️⃣Banyakkan istighfar dan sedekah.
5️⃣Jangan sombong dengan harta, pangkat dan kesihatan.
Semoga Allah SWT menjauhkan kita dan keluarga daripada api neraka, ampunkan segala dosa kita dan mengurniakan husnul khatimah. Wallahua’lam.
Nota: Gambar hanyalah ilustrasi
#ingatkanaku
#sebarkan
