Allah Swt Mengampuni Dosa
ALLAH SWT MENGAMPUNI DOSA
Rasulullah ﷺ bersabda bahawa Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, sekiranya dosa-dosamu mencapai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampunimu.” - Riwayat al-Tirmizi; hadis hasan.
Sebesar mana pun kesalahan seseorang, jangan berputus asa daripada rahmat Allah SWT. Selagi nyawa belum sampai ke halkum dan pintu taubat masih terbuka, kembalilah kepada Allah SWT.
Kita mungkin pernah jatuh dalam dosa.
Pernah lalai. Pernah jauh daripada Allah SWT. Tetapi jangan berkata, “Aku sudah terlalu banyak dosa.” Sebaliknya katakan: “Aku akan kembali kepada Allah SWT. kerana Allah SWT bukan mencari hamba yang tidak pernah berdosa tetapi hamba yang sentiasa kembali bertaubat kepada-Nya. Wallahua’lam.
#ingatkanaku
#sebarkan
