Saf Pertama Keutamaan Yang Besar


Saf Pertama Keutamaan Yang Besar

SAF PERTAMA KEUTAMAAN YANG BESAR

Hadis Rasulullah ﷺ: “Kalaulah manusia mengetahui apa yang terdapat pada azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan membuat undian, nescaya mereka akan membuat undian untuk mendapatkannya — Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Saf pertama mempunyai keutamaan dan ganjaran yang besar. Datanglah awal ke masjid dan berusahalah mendapatkan saf hadapan. Berebutlah dalam kebaikan, bukan dengan menolak atau menyakiti orang lain.

Jangan berebut dunia sehingga lupa akhirat tetapi berebutlah mendapatkan saf hadapan. Kita sanggup beratur panjang untuk membeli sesuatu yang kita inginkan kerana kita tahu nilainya. Tetapi bagaimana pula dengan saf pertama di rumah Allah SWT yang ganjarannya jauh lebih besar daripada segala keuntungan dunia? Datanglah awal ke masjid. Jangan tunggu orang lain memenuhi saf hadapan. Jadikan diri kita antara orang pertama yang berdiri di saf pertama. Wallahua’lam.

#ingatkanaku
#sebarkan