Dunia Di Tangan Akhirat Di Hati
DUNIA DI TANGAN AKHIRAT DI HATI
Hadis Rasulullah ﷺ Rasulullah ﷺ bersabda: “Hampir tiba masanya umat-umat lain akan mengerumuni kamu sebagaimana orang yang makan mengerumuni hidangannya.” Para sahabat bertanya: “Adakah kerana jumlah kita sedikit ketika itu?” Baginda ﷺ menjawab: “Bahkan kamu ramai tetapi kamu seperti buih di atas air. Allah SWT akan mencabut rasa takut daripada hati musuh-musuh kamu terhadap kamu dan memasukkan penyakit wahan ke dalam hati kamu.” Para sahabat bertanya: “Apakah wahan itu?” Baginda ﷺ bersabda: “Cinta dunia dan takut mati.” (Riwayat Abu Dawud, no. 4297).
Cinta dunia bukan bermaksud tidak boleh memiliki harta tetapi apabila dunia menyebabkan kita lupa Allah SWT dan akhirat. Takut mati pula menjadi masalah apabila kita terlalu cintakan dunia sehingga tidak bersedia bertemu Allah SWT.
Dunia hanyalah tempat persinggahan, sedangkan akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jangan terlalu sibuk mengumpul harta sehingga lupa mengumpul amal. Jangan takut kehilangan dunia sehingga lupa bahawa suatu hari nanti kita akan meninggalkan dunia. Dunia di tangan, akhirat di hati. Carilah dunia secukupnya tetapi persiapkan akhirat sebanyak-banyaknya. ???? Aaminn. Wallahua’lam.
#ingatkanaku
#sebarkan
