Hak Haiwan Menurut Islam


Hak Haiwan Menurut Islam

HAK HAIWAN MENURUT ISLAM

Daripada Abdullah bin 'Amr RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seseorang membunuh burung dan yang lebih kecil daripadanya tanpa hak, kecuali Allah SWT akan bertanya mengenainya."
Lalu para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah haknya?"
Baginda bersabda: “Haknya adalah menyembelihnya, memakannya dan tidak memotong kepalanya lalu membuangnya."
(Hadis Riwayat An-Nasa'i).

Hadis ini mengajar bahawa Islam sangat menitikberatkan sifat ihsan terhadap semua makhluk. Membunuh haiwan hanya dibenarkan atas tujuan yang dibenarkan syarak, seperti untuk dimakan atau mengelakkan mudarat. Membunuh haiwan sekadar suka-suka, untuk hiburan, atau membazir adalah perbuatan yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

Setiap makhluk ciptaan Allah mempunyai hak yang perlu dihormati. Seorang Muslim bukan sahaja dituntut berbuat baik kepada manusia, bahkan juga kepada haiwan dan alam sekitar. Sifat belas kasihan terhadap makhluk adalah tanda keimanan dan akhlak yang mulia. Wallahua’lam.

#ingatkanaku
#sebarkan