Datanglah Ke Masjid Sebagai Jemaah, Bukan Sebagai Jenazah
DATANGLAH KE MASJID SEBAGAI JEMAAH, BUKAN SEBAGAI JENAZAH
Hadis Rasulullah ﷺ: “Sesiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah menyediakan baginya tempat di syurga setiap kali dia pergi pada waktu pagi atau petang.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Masjid adalah rumah Allah SWT yang menjadi tempat orang beriman mendirikan solat, mengingati Allah SWT, membaca al-Quran, menuntut ilmu dan mengeratkan silaturahim. Setiap langkah menuju masjid mempunyai nilai di sisi Allah SWT. Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian pergi ke salah satu rumah Allah SWT untuk menunaikan solat fardu, setiap langkahnya menghapuskan satu dosa dan langkah yang lain mengangkat satu darjat.” (Riwayat Muslim). Maka janganlah kita hanya mengenali masjid ketika solat Jumaat, Ramadan atau ketika menguruskan jenazah.
Kita sering melihat jenazah dibawa ke masjid. Persoalannya, berapa kerap kita sendiri datang ke masjid ketika masih hidup? Hari ini kita datang sebagai jemaah. Esok mungkin orang lain datang membawa jenazah kita. Jangan hanya masjid menjadi tempat persinggahan terakhir kita. Jadikan masjid tempat kita membina bekalan menuju akhirat. Wallahua’lam.
#ingatkanaku
#sebarkan
