Alhamdulillah. #ingatkanaku


Alhamdulillah. #ingatkanaku

Alhamdulillah. #ingatkanaku

Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah SWT memberi keuzuran kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai 60 tahun.” — Riwayat al Bukhari.

Umur yang panjang adalah nikmat dan amanah daripada Allah SWT. Semakin bertambah usia, semakin banyak peluang untuk bertaubat, beramal soleh dan memperbaiki diri.

Bukan panjangnya umur yang dinilai tetapi keberkatan dan amal yang mengisi umur tersebut. Gunakan sisa usia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana setiap hari yang berlalu membawa kita semakin dekat kepada pertemuan dengan-Nya. Wallahua’lam.