بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السلام


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السلام

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السلام

*BERSIHKANLAH HATI DRPD SEGALA PENYAKIT HATI*

Hati adalah raja bagi seluruh anggota badan. Jika hati baik, maka baiklah perkataan, perbuatan dan akhlak seseorang. Namun jika hati dipenuhi penyakit seperti riak, ujub, hasad dengki, sombong, dendam, tamak dan buruk sangka, maka rosaklah kehidupan seseorang walaupun zahirnya kelihatan baik.

Rasulullah SAW bersabda:
"Ketahuilah bahawa di dlm jasad itu ada seketul daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati."

Penyakit hati lebih berbahaya drpd penyakit fizikal kerana ia boleh menjauhkan kita drpd rahmat Allaah SWT. Orang yg hatinya dipenuhi hasad dengki tidak akan tenang melihat nikmat orang lain. Orang yg sombong pula sukar menerima kebenaran dan nasihat. Orang yg riak sentiasa mengharapkan pujian manusia, sedangkan amal yg ikhlas hanyalah kerana Allaah.

Jadilah diri kita orang biasa tetapi hati luar biasa, hati yg bahagia, hati yg mulia, hati yg indah tiada lara serta memiliki hati yg penuh redha.

*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد*
*آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن*

*Semoga bermanfaat...*