Daripada Abu Mas'ud Uqbah Bin 'amr Al-ansari, Rasulullah


Daripada Abu Mas'ud Uqbah Bin 'amr Al-ansari, Rasulullah

Daripada Abu Mas'ud Uqbah bin 'Amr al-Ansari, Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya." — Sahih Muslim.

Seorang Muslim diperintahkan supaya memilih contoh yang baik untuk diikuti, terutama akhlak Rasulullah ﷺ, para sahabat dan orang-orang soleh.

Setiap hari Allah memperlihatkan kepada kita pelbagai jenis manusia. Ada yang menjaga solat, ada yang pemurah, ada yang jujur dalam pekerjaan. Mereka ini adalah contoh yang patut diteladani. Namun kita juga melihat manusia yang lalai, suka berdusta, memutuskan silaturahim, mengumpat dan melakukan maksiat.

"Orang yang bahagia ialah orang yang mengambil pengajaran daripada pengalaman orang lain." Kita tidak perlu merasai setiap kesilapan untuk menjadi bijaksana. Cukuplah kita mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di sekeliling kita, lalu memperbaiki diri sebelum terlambat. Wallahua’lam.

#ingatkanaku
#sebarkan