Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yasin Telah Selesai Dengan Penuh
Alhamdulillah, majlis bacaan Yasin telah selesai dengan penuh keberkatan.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelancaran majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, para penyumbang, jawatankuasa, dan semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis.
Semoga segala amalan, doa, dan sumbangan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan, rahmat, dan ganjaran yang berlipat ganda.
Jazakumullahu khairan kathira.
