*memakai Pakaian Terbaik Ketika Solat*


*memakai Pakaian Terbaik Ketika Solat*

*MEMAKAI PAKAIAN TERBAIK KETIKA SOLAT*

Di antara adab yang perlu diperhatikan oleh orang yang hendak solat adalah memakai pakaian terbaik dalam semua solat, baik solat wajib ataupun solat sunat. Maksud berpakaian tidak hanya sekadar menutup aurat kemudian mencukupi. Akan tetapi, maksud dari berpakaian adalah memperindah penampilan ketika berdiri di hadapan Rabb semesta alam.

Allah Ta’ala berfirman,

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap kali (memasuki) masjid. Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (QS. Al-A’raf [7]: 31).

Ibnu Katsir rahimahullah berkata,

“Dalam ayat ini dan juga dalil dari As-Sunnah yang semakna dengannya (terkandung faedah) dianjurkannya memperindah penampilan ketika solat, lebih-lebih pada hari Jumaat dan Hari Raya (E‘id). (Juga dianjurkan) memakai wangi-wangian kerana hal itu termasuk dalam perhiasan dan juga siwak, kerana hal itu termasuk dalam perkara yang menyempurnakannya.”

(Tafsir Ibnu Katsir, 3: 402)